Search

Sahabat semua masih ingat Uncle Tai yang memeluk I...

  • Share this:

Sahabat semua masih ingat Uncle Tai yang memeluk Islam di Hospital pada hujung tahun lepas? Kali ini anak buah Uncle Tai pulak mengucap dua kalimah syahadah di MRM.

Alhamdulillah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Anak buah Uncle Tai yang kini bernama Putra telah datang ke MRM dan memberitahu niatnya untuk memeluk agama Islam. Sebelum ini, Putra merupakan seorang penganut Taoisme. Malah beliau pernah bergurukan seorang Sifu Taoisme yang mempunyai ilmu Taoisme yang tinggi. Sifu beliau mempunyai 10 orang anak murid termasuk Putra.

"Antara 10 orang anak murid, saya paling bongsu. Namun Sifu paling menyayangi saya dan ingin mengajarkan semua ilmu beliau kepada saya. Perkara ini telah menimbulkan rasa dengki anak murid yang lain. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu belajar pun ilmu Sifu saya. Kini Sifu saya sudah tak ada. Sepanjang saya mengikut Sifu, yang saya tahu adalah ilmu-ilmu tersebut adalah ilmu jin dan bukan dari Tuhan yang Maha Esa"

Setelah Putra mengucap dua kalimah syahadah, staf kami bertanyakan adakah beliau ingin mengekalkan nama atau menambah nama Islam. Beliau kata beliau sudah berhasrat untuk menggunakan nama Putra dua tahun lepas.

Alhamdulillah. Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua. Uniknya, beliau diIslamkan oleh Eksekutif Dakwah kami yang baru sahaja memeluk Islam setahun lepas iaitu Bro Adam Tan. Muallaf mengislamkan muallaf. Alhamdulilah

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts